Monday, February 14, 2011

Tikus putih


Sebelum ni aku ada cerita pasal aku bela sepasang tikus putih di dalam makmal aku.. sebagai peneman aku di dalam tapi bila org2 "berpangkat" nampak tikus tu., aku bagitau dorang yg tikus2 tu berfungsi sebagai control.. dimana, sekiranya makmal aku tu x selamat contohnya dicemari ngan gas beracun, tikus2 tu akan mati. maknanya bilik tu tidak selamat utk diduduki lagi. Itu cuma alasan.. kalau x bagi makan pun, dorang mesti mati gak. haha

Tapi skg ni, tikus2 tu dah hilang. tak tau la gi mana...ada gak aku try cari.. andaian aku senang je, tikus tu dah mutasi jadi raksasa akibat terkena gas2 bahan kimia di dalam makmal.. haha

mutated dan lari.. tak 'kawabangga' duk dalam lab.

Takde la. aku yg lepaskan dorang hari tu sebab aku nak bercuti panjang. takkan nak letak dalam lab time aku takde. Tikus2 tu bukan cam manusia, dorang x pandai nak masak sendiri. so, aku lepaskan la dorang di tempat yg selamat.. iaitu di semak samun. supaya dorang bleh hidup sebagai "tikus" dan bukannya Pet. Setelah berbulan2 hidup sebagai haiwan peliharaan dimana aktiviti seharian = makan + tidur, rasa2nya dorang tu ada x animal instint untuk survive kat dunia luar??? ahhh..

erm... err.. skurang2nya dia mati mengikut lumrah alam. hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails