Saturday, February 19, 2011

Warning sign

Hari tu boss aku suruh tampal warning sign sekitar makmal aku atas alasan keselamatan. Poison, corrosive, toxic dan bla bla bla.. aku belum buat lagi. akucadang nak tampal poster spt dibawah ni:

skg ni banyak sangat filem2 mengarut.. poster ni mungkin bleh ubah pemikiran dorang.
 Mintak2 la boss aku ada sense of humor sebab dah banyak sangat poster2 yg skema.

Dirty job

Do you love your job.??? well. i do... walaupun kadang2 aku terpaksa buat kerja2 kotor (yg mengotorkan badan). Tapi itu lah kerja.. Selepas aku tengok rancangan Dirty job (korang pun mesti penah tgk kan?? ).. aku rasa aku patut bersyukur sbb ramai lagi org yg kerja lebih teruk.

rancangan kegemaran.. 9pm channel OKTO (tv singapore)
Dirty job adalah sebuah rancangan dokumentari yg mengisahkan tentang Hos ( mike rowe) & kawan2 membuat liputan tentang pekerjaan yg melibatkan benda2 kotor. Dia gak volunteer dirinya utk buat kerja2 kotor tu skali.. Di darat, laut, perut bumi, tidak kira di mana.. asalkan kerja kotor, mesti dia suka.. Ulasan dia gak agak berisi + lawak.

kitar semula cat.
Korang yg belum penah tengok, patut try tengok. Sebagai informasi di mana kita bleh tau tentang skop2 dan prosedur kerja mereka disamping dapat memotivasikan diri korang bahawasanya ada org lain yg kerja lebih teruk dari korang. haha

Monday, February 14, 2011

Trainee

 hampir setahun department aku tak ambik budak praktikal utk training di tempat aku ni.. Dulu, ada 3 orang budak praktikal yg boleh aku khadamkan... eh.. turunkan ilmu.. 2 daripada dorang suka bawak laptop. Konon2 supaya senang masukkan report training dorang. Tapi biasa la.. budak2..... dalam laptop mesti banyak benda bukan2 yang terselit...

Football manager, Zuma, Movies, poker, dan sebagainya
Kan best kalau tahun ni bley cakap dialog macam ni semula: " wei (kepada trainee-A), tolong basuh bikar 500ml tu, pastu masak air & buat teh-0.. dan kau (bercakap kepada trainee-B), pegi kantin beli kuih."

Tikus putih


Sebelum ni aku ada cerita pasal aku bela sepasang tikus putih di dalam makmal aku.. sebagai peneman aku di dalam tapi bila org2 "berpangkat" nampak tikus tu., aku bagitau dorang yg tikus2 tu berfungsi sebagai control.. dimana, sekiranya makmal aku tu x selamat contohnya dicemari ngan gas beracun, tikus2 tu akan mati. maknanya bilik tu tidak selamat utk diduduki lagi. Itu cuma alasan.. kalau x bagi makan pun, dorang mesti mati gak. haha

Tapi skg ni, tikus2 tu dah hilang. tak tau la gi mana...ada gak aku try cari.. andaian aku senang je, tikus tu dah mutasi jadi raksasa akibat terkena gas2 bahan kimia di dalam makmal.. haha

mutated dan lari.. tak 'kawabangga' duk dalam lab.

Takde la. aku yg lepaskan dorang hari tu sebab aku nak bercuti panjang. takkan nak letak dalam lab time aku takde. Tikus2 tu bukan cam manusia, dorang x pandai nak masak sendiri. so, aku lepaskan la dorang di tempat yg selamat.. iaitu di semak samun. supaya dorang bleh hidup sebagai "tikus" dan bukannya Pet. Setelah berbulan2 hidup sebagai haiwan peliharaan dimana aktiviti seharian = makan + tidur, rasa2nya dorang tu ada x animal instint untuk survive kat dunia luar??? ahhh..

erm... err.. skurang2nya dia mati mengikut lumrah alam. hehehe

kenapa menyepi??

Tah apsal tiba2 aku stop buat update blog ni. padahal dulu time mula2 buat aku skit punya rajin.. idea melimpah2. Konon nak share kehidupan seorang pekerja makmal. Tetiba tbantut plak.. Hangat2 taik ayam tul. Hm.. memandangkan aku pun x sibuk sangat, aku berkata kepada diri aku ni, "apa kata kalau aku start update blog aku yg tengah bersarang ni???".. Tapi ada ke org yg nak nyinggah?? ada pun mungkin sebab tersalah klik.

apa mau taip aa??

Eh, jap.. dulu, time aku buat blog ni. Motivasi aku ialah utk meluahkan & berkongsi tentang perkara2 yg aku rasa menarik pasal lab aku kepada umum....dan Blogging adalah satu kaedahnya (selain dapat berkongsi tentang kelemahan tatabahasa aku ni). Just update... aku pun bukannya ada letak iklan apa2 kat sini.. kalau org datang kat sini aku x dapat untung apa2 pun. just happy dapat tgk org singgah kat blog ni. So.. aku cuba lah rajinkan diri utk update blog ni. Sebelum tu, aku kena start amik gambar2 menarik dulu. er..handphone aku yg berkamera canggih dah rosak. so skg ni terpaksa pakai kamera murah. mungkin kualiti gambar agak kurang skit. tapi boleh laa.. dari pada tiada.

OK. .kepada yg telah bkunjung ke blog ni, saksikan kemunculan post2 baru*

*Tertakluk kepada terma dan syarat.. ( sekiranya aku rajin ).
Related Posts with Thumbnails