Friday, August 20, 2010

zakat fitrah.

Rate zakat fitrah selalu berubah mengikut harga beras semasa.. Aku plak jenis malas nak follow-up benda² ni. jadi.. aku tanya je la colleague aku.


Di Johor, ada 2 rates zakat fitrah,:
1 Keluarga yang makan/beli beras NASIONAL sahaja. (beras murah)
2. keluarga yang makan/beli beras selain beras nasional.

rate untuk yg nombor 1 tu aku x tau tapi yg untuk no.2 tu dorang kata RM7.50 utk 1 kepala.
Aku kena bayar lebih dari sorang dan aku fail matematik, so aku mintak bantuan dari jurukira peribadi aku: Mr Calculaminator.

Kisah encik Paintbrush.

Di dalam daerah Daltew (ejaan tebalik), ada sebuah sebiji sebatang berus cat yg perasan hensom.

Yippie!!
Dia salah satu benda yg belum pernah buat kerja dalam daerah ni sebab dah ada orang abik alih kerja2 dia.. -mengecat-.


Aku selaku president selalu menerima rungutan daripada penduduk2 daerah jajahan aku.. esp daripada encik kristal-spaypaint. Demi keadilan, aku bagi si-berus ni kerja .
dan semua benda dalam daerah ni ada kerja..





p/s: malas tul nak tulis cerita panjang2..

isi masa lapang dlm Lab semasa Bulan puasa.

Waktu berbuka lambat lagi, pukul 5 pun masih jauh..
Nak keluar bilik...malas.

Dengar lagu raya.. syok, rasa mcm nak share kat blog.. tapi malas nak upload2 mp3.

penyanyi lagu ni dah meninggal tapi suara masih ada.. seram plak tetiba, nasib baik bulan puasa.


Time puasa ni lagi2 bila cuaca panas, apa yg boleh di-konsumsi, semua nampak sedap dan boleh jadi sedap.



time aku mengemas dan menyusun barang, aku perasa kat dalam locker aku ada sebungkus mami slurpp yg aku lupa nak makan.. perut tgh lapar, rasa cam mami tu tgh hasut aku tuk rebus dia. Dugaan.~~





Thursday, August 19, 2010

Selamat berpuasa

selamat berpuasa
 Selamat berbuka

Selamat beribadat.

muka tak sahur..

Wednesday, August 18, 2010

Bukan bikar biasa

perut lapar, tapi malas nak gi kantin,
Megi ada, water heater ada,
mangkuk...?? pinggan ada la..


Next time aku nak try masak rendang plak dalam ni.

Tuesday, August 17, 2010

Survivor

Kerja dah siap, masa banyak lagi,
Baldi ada, recycle paper banyak, marker pen.. hm....

Ha..

terus aku manfaatkan bahan di atas.


Menjadi kotak Elimination vote macm dalam rancangan survivor.
Dalam survivor ada obor,
takkan nak buat obor plak kan??
apa kata kalau aku modern-kan skit obor tu.



Flashlight.. dan helmet untuk memadam cahaya obor toslight ni..
sebelum padam, kita cakap "The tribe has spoken".

2 jenama jadi satu.

Kerja aku dan tempat kerja aku memang berhabuk skit banyak so kenalah pakai Dustmask. Tapi ada suatu hari tu, kompeni ni dah start beli dustmask brand baru.
Save budget kot.?
tapi aku rasa Brand baru ni lagi mahal..

produk ni macam gabungan 2 syarikat gergasi Apple ngan nokia.
Kalau dah kotor, rasa mcm sayang plak nak buang.

Kegunaan sampingan

Aku adalah pekerja yang beruntung, kerja sorang2 kat dalam bilik yang ada komputer.
Komputer biasanya lebih banyak digunakan untuk berhibur daripada buat kerja.

yang ni xder internet connection.. tapi ada speaker yg cukup untuk menceriakan suasana bilik.

ala.. sambil2..

Sains

1 teh uncang.. Kalau buat mesti pakai koley atau jug.. Tapi aku xda kedua dua item tersebut.
Idea...!!!!!

ni bikar yg belum pakai lagi.. kalau yg dah pakai mungkin skg ni aku dah mutasi menjadi hulk @ wulverin @ prosessor X (lumpuh)
Bikar ngan gelas biasa lebih kurang. Dua dua pun made from kaca.
"it's all in your mind"

Monday, August 16, 2010

Mamam, gulp gulp, dah fuh fuh.

Hanya aku seorang saja yg kerja dalam makmal ini. Maknanya, kerja2 aku tiada siapa yg tolong buat. Jadi aku ni sibuk skit orangnya (ehem). kadang2 tak sempat duduk kantin. Biasanya aku bungkus dan makan kat dalam makmal.

ni menu sarapan, nasik goreng + daging merah.
sarapan selalunya aku bungkus.. sbb pagi2 malas nak lepak kantin, lagipun supaya save budget daripada beli air minum sbb aku dah beli kopi2 segera dalam peket. lagi jimat, skali minum x sampai seringgit.

yang ini plak nama dia Survival kit, Sangat berguna semasa poket nipis @ malas sangat2 nak turun kantin.

cendol mamak biasanya beli kat depan gate kilang selepas solat jumaat... memang seru nikmatnya.

lepas makan biasanya memang fogging. Lab ni aku duduk sorang, so... kat mana2 pun boleh, lagipun kat dalam lab ada asap yg lebih bahaya daripada asap rokok. heheh

Mesin Mahal.

Selain Lab analysis basah tu, skop kerja aku juga meliputi penjagaan mesin2 analysis yg lain. Mesin tu berfungsi utk test element2 kimia yg kita nak.

Mesin2 mahal sebegini biasanya manja skit, tak boleh panas, tak boleh kotor. aircond kena sentiasa bawah 22°C.. hm...


 Untung duduk dalam bilik mcm ni sebab kalo aircond rosak, mesti dorang cepat2 repair Alasannya: takut mesin rosak.


Paip

Siapa yg penah tengok filem silent hill atau main game ni dlm di playstation. Aku kdg2 mengalaminya


Air paip ni biasanya bersih, tapi kadang2 dia bleh tukar kaler macam diatas ni. keruh.. Pas beberapa puluh minit nanti di jernih balik.

Lagi spesel, kadang2 air dia bleh tukar suhu secara tiba2 menjadi panas.. tersangat panas.

Teman dalam Lab.

Memandangkan aku ni kerja secara lone ranger, aku pet sepasang tikus putih. Tapi bukan sepasang pun, dua dua jantina sama, tapi tidak pasti sama ada dua dua jantan atau dua dua betina.

muka dorang masa mula2 masuk dulu.
tempat dorang selepas sebulan.. semak skit..dorang suka lepak dalam botol plastik tu.. (bekas botol iron chips).
Diet dorang: aku bagi makan snek keju, dan minum air suling. sbb tu dorg nampak sihat skit. Mewah tul hidup dorang, makan orang kasi, minum pun sama, taik2 dorang aku yg buang.. kdg2 aku pelik, aku beli dorang, aku plak jadi pencacai dorang.

makmal atau leb.

Selamat datang ke makmal aku.. Tempat di mana aku selalu sarapan, blogging dan tido.. dan kerja.

Inilah signboard depan pintu.

Apa yang best sebalik pintu ni?? Entah la.. nanti aku fikir dulu..
Related Posts with Thumbnails