Saturday, September 4, 2010

Hari raya disambut dengan letupan.

Time puasa, kat tempat kerja. Apa yg selalu korang dapat dari member2 sekerja korang? biasanya korang akan nampak katalog-handmade-photostat.
Dua jenis je, kalo bukan katalog kuih, mesti katalog mercun.

Kuih muih:
Biasanya datang bersama sampel skali supaya pelanggan dapat gambaran jelas mengenai kuih yg akan dorang tempah. Sebab maklumlah, kadang2 ada nama kuih tu kita x pernah dengar, kadang2 ada kuih yg baru wujud. so sebab tu la dorang bagi sampel skali. Org pompuan la yg biasanya suka benda2 cam ni. Org lelaki pun ada gak yg tempah, tapi tu pun kadang2 sbb bini dorang yg suruh.. heheh

Ni display, ada 1 lagi form utk tulis nama dan kuantiti tempahan. heheh



Mercun dan bunga api:
Berbeza ngan kuih, Bunga api plak tidak datang bersama sampel. Cuma ada nama2 kod yg unik skit. Contoh, "Botol", "Bola", "Osama." Oleh sebab ini, si penjual mesti kena pandai buat simulasi bunyi mercun dan gambaran letupan tiap2 mercun yg dia jual. Pembeli dan penjual biasanya lelaki. Harga plak memang mahal² sebab benda ni datang ngan risiko. Tapi tau2 je la kalo dah minat, duit bukan penghalang. Biasanya org yg dah berumah tangga akan beli kedua dua Bunga api dan mercun yg meletup kebaboom. Bunga api biasanya utk anak..


So, itu la salah satu ragam yg dapat aku rasa sepanjang aku kerja ni. Pendapatan sampingan semasa bulan puasa tiap tiap tahun. Seronok tengok telatah dorang. Benda2 mcm ni lah yang menimbulkan suasana hari raya ditempat kerja selain daripada hiasan ketupat dan pelita dikawasan2 pejabat.

Kepada pembeli pembeli mercun, hati2 ketika bermain sebab mercun ni meletup. Jauhkan daripada anak sbb kanak kanak + mercun = hilang jari (kebanyakan kes).


2 comments:

  1. motto bisnes en awi 'jangan berhenti main mecun selagi tak putus jari'....ha ha ha

    ReplyDelete
  2. putus jari,, dengan kerja2 berenti.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails