Tuesday, November 9, 2010

kesan sampingan...


kerja dalam makmal analisis basah mmg terpaksa duduk 1 bilik dengan bahan2 kimia merbahaya. Makmal saya ni agak sedikit usang, Sistem pengudaran pun ada masalah sikit la. Tidak mustahil mungkin ada sesetengah Bahan kimia merbahaya ni boleh meruap pada suhu bilik dan mungkin saya ada terhidu sikit dan mungkin telah memberi sedikit kesan kepada saya..

Saya listkan sedikit chemical yg ada dalam bilik ni:
Asid nitric, Asid Sulfuric, asid Phosphoric, asid Hydrocloric, Ammonia, Boric, Mercuric chloride dan bla bla bla.. semua ni dalam bentuk cecair dan disimpan di dalam kebuk wasap. seperti yg saya cakap, makmal ni usang skit.. kebuk wasap pun tak beropeasi dengan cekap..

Dalam chemical yg saya listkan di atas tu, saya ingin sentuh skit pasal mercuric chloride. Chemical ni asalnya dalam bentuk serbuk tapi saya larutkannya di dalam air & simpan di dalam botol untuk kegunaan harian/mingguan/bulanan. Oleh kerana saya yg jaga bahan2 kimia ini..Saya telah diberi pendedahan tentang keselamatan dan cara pengendalian yg betul untuk setiap bahan kimia yg ada didalam makmal ini. salah satu benda yg ditekankan ialah: jangan main2 dengan Asid Hydroflorik (HF) kerana asid ni asid yg paling bahaya sekiranya terkena pada kulit. untuk mengetahui kemerbahayaan asid ini, sila tengok filem SAW 6..


Saya jugak pernah bertanya dengan seorang penceramah (chemical safety) tentang penyakit/kesan yg berpotensi tinggu untuk saya hidapi dengan keadaan tempat kerja saya yg macam ni. Jadi dia pun terangkan la skit pada saya yg kemungkinan saya akan jadi pelupa disebabkan habuk2 logam berat yg ada diluar makmal saya ini, dan dia juga menerangkan tentang kesan jangka masa panjang Mercuric Chloride kepada manusia. Kesannya banyak diantaranya ialah, kanser, kerosakan buah pinggan dan perubahan sikap.. (behavior changing)..

Behavior Changing....??? --menurut dia, kesan ini membuatkan kita berubah sikap.. dan bergantung lah dari apa kepada apa... mungkin daripada rajin boleh jadi malas.. pendiam jadi pemarah.. pandai jadi bodoh.. etc... Hm.. menarik perhatian betul. Adakah ini suatu kebetulan?? sbb kebelakangan ni saya rasa mcam malas betu untuk buat kerja.. Bolehkah kesan chemical ini dijadikan sebagai excuse sekiranya saya tidak menyiapkan sesuatu tugas @ terlupa bawak scanning card @...@ @ @... hahaha..
Related Posts with Thumbnails