Wednesday, September 8, 2010

Rayaku diwarnai

Suasana hari raya ku diwarnai dengan voucher Jusco.
sebelum ini aku sememangnya malas utk shopping di Jusco, pada aku, Jusco tu cuma tempat untuk tengok wayang.. Shopping....? too expensive.

Voucher yg ada ditanganku ini lebih dari 12keping.
Tapi oleh kerana ada Voucher, rasanya inilah kali pertama aku shopping di situ dan ternyata memang mahal mahal. Nasib baik pakai Voucher.

Salah 1 barang yg aku tukar daripada voucher tersebut.

Suasana Raya dalam Kepala

Hari yang terakhir aku bekerja sebelum cuti raya...
Sudah ramai kawan2 sekerja yg mungkin sudah sampai di Kampung halaman masing2 atau pun yg tengah dalam perjalanan ataupun yang tengah packing2 barang untuk dimuatkan ke dalam kereta.

tapi aku, masih duduk didalam makmal menghirup aroma amonia dan asid, Fikiran melayang ke masa depan.. lalu ku luahkannya ke atas kertas recycle.

luahan keatas kertas recycle.
Kepada pembaca, selamat menyambut hari raya aidilfitri. Bawak kereta elok2, jangan lupa bagi duit raya kat anak2 buah korang.

Monday, September 6, 2010

Minggu hari raya

Minggu ni minggu last aku bekerja sebelum aku bercuti sempena hari raya aidilfitri selama seminggu..
Tidak dinafikan, Mood aku skg mmg  mood berhari raya. Jasad mmg atas kerusi tapi roh aku ni tengah bakar lemang kat kampung. haha


Tapi aku still buat kerja2 aku, cuma lambat skit la.
Buat satu step, pastu duk berangan, pastu sambung kerja, pastu berangan balik. Gitu la memanjang.
Rasanya ni perkara normal kot. Rasanya bukan aku sorang yang alami benda ni.


nyam nyam

Saturday, September 4, 2010

Hari raya disambut dengan letupan.

Time puasa, kat tempat kerja. Apa yg selalu korang dapat dari member2 sekerja korang? biasanya korang akan nampak katalog-handmade-photostat.
Dua jenis je, kalo bukan katalog kuih, mesti katalog mercun.

Kuih muih:
Biasanya datang bersama sampel skali supaya pelanggan dapat gambaran jelas mengenai kuih yg akan dorang tempah. Sebab maklumlah, kadang2 ada nama kuih tu kita x pernah dengar, kadang2 ada kuih yg baru wujud. so sebab tu la dorang bagi sampel skali. Org pompuan la yg biasanya suka benda2 cam ni. Org lelaki pun ada gak yg tempah, tapi tu pun kadang2 sbb bini dorang yg suruh.. heheh

Ni display, ada 1 lagi form utk tulis nama dan kuantiti tempahan. heheh

Friday, September 3, 2010

Bumbung Makmalku

Aircond bilik aku rosak, si tukang repair plak tak datang2 selepas 18kali kena panggil.
Aku dah buntu kepanasan di dalam bilik sendiri, so aku cadang untuk panjat bumbung makmal aku dan bagi sedikit jampi kat kompressor2 aircond yg tengah dalam problem tu..
Tapi setibanya aku di atas.....


Thursday, September 2, 2010

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53

31 Bulan 8 57 hari mulia negaraku merdeka.. Lagu kemerdekaan dari Sudirman sampai skarang belum ada yg dapat menandingi semangat merdeka dalam lagu ini sendiri..



Kita sudah merdeka selama 53 tahun.. untuk merdeka memang susah, tapi untuk mengekalkan kemerdekaan.... LAGI SUSAH.
Related Posts with Thumbnails